Jenayah

Kaut untung 10 peratus

Bangi: Segelintir peniaga tamak dikesan sengaja mengaut untung dengan menaikkan harga pakaian seragam sekolah sehingga 10 peratus berbanding harga asal.

Tindakan menaikkan margin keuntungan antara RM1 hingga RM5 bagi setiap unit produk itu jelas membebankan ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak yang ramai.

Bagaimanapun tindakan ita dibongkar sepasukan pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya hasil pemeriksaan mengejut ke 18 premis di Bangi dan Putrajaya pagi semalam.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan itu membabitkan 18 pegawai penguat kuasa diketuai oleh Md Isam Abdullah.

“Pihak kami memulakan pemeriksaan ke semua premis berkenaan dari jam 11 pagi sehingga 2.45 petang.

“Daripada 18 premis yang diperiksa, 16 daripadanya peruncit pakaian sekolah manakala selebihnya membabitkan pasar raya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");