Perak Hari Ini

Kebakaran : Sangka Binatang Atas Bumbung Rumah

BAGAN SERAI: Sebuah keluarga nyaris maut apabila sangkaan bahawa bunyi dari bahagian atas bumbung adalah binatang yang berjalan sebenarnya merupakan satu kebakaran.

“Sejurus buka sahaja tingkap bilik, kelihatan cahaya terang disusuli bau asap datang dari arah stor dan garaj kereta dibelakang rumah,” kata mangsa kebakaran di Kampung Parit Air Hitam 3, disini, semalam.

Menurut mangsa, Hamid Asri, 50, menyatakan dia bersama isteri, dua anak, menantu serta dua cucu segera bergegas keluar bagi menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku sekitar kira-kira jam 12.30 malam.

IMG-20151218-WA0011

Jelasnya, kebakaran itu menyebabkannya tiga buah motosikal dan sebuah kenderaan milik mereka gagal diselamatkan.

“Melihat api mula membakar keseluruhan stor dan garaj, saya nekad menyelamatkan kesemua kenderaan yang berada di dalam.

“Sewaktu cuba membuka kunci stor terbabit, bahang api yang panas telah mengenai muka dan membuatkan saya gagal menyelamatkan kesemua kenderaan terbabit,” ujarnya.

Beliau berasa amat terkilan apabila terpaksa berputih mata melihat kesemua kenderaan miliknya iaitu sebuah pacuan empat roda Nissan Navara, motosikal Honda EX5, SYM dan Yamaha RXZ hangus terbakar di hadapan matanya.

Tambah Hamid, ruangan dapur dan sebahagian rumahnya turur terbakar berikutan kebakaran yang merebak dengan begitu pantas.

“Kejadia berlaku dengan pantas sekali dimana api tersebut merebak dengan cepat membakar sebahagian ruangan dapur dan sebahagian rumah.

” Habis kelengkapan rumah termasuk sebuah televisyen, peti ais, mesin basuh serta pelbagai lagi kelengkapan rumah musnah dijilat api,”katanya.

IMG-20151218-WA0009

Beliau menyatakan akibat kebakaran tersebut mereka terpaksa menanggung  kerugian lebih RM80, 000 tidak termasuk kesemua kenderaan yang terbakar.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Tertinggi (PBT) Negeri Perak, Zainuddin Nordin memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bagan Serai telah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.

Kejadian yang menimpa keluarga Hamid ini turut mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali yang memberi sumbangan berbentuk peralatan kelengkapan rumah serta bantuan wang tunai bagi membantu mangsa.

Menurutnya, dalam masa terdekat pihaknya akan bertindak segera dengan berbincang dengan jabatan terlibat mengenai bantuan yang bakal diberikan kepada keluarga ini.

Rumah mangsa juga akan dibaik pulih oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");