Sukan Hari Ini

Kecoh masalah wang

Putrajaya: Perlumbaan tertua benua Asia, Jelajah Malaysia (JM) 2015 yang sedang berlangsung hampir dibatalkan susulan masalah kewangan didakwa dihadapi penganjur Peloton Resources.

Kemuncaknya malam kelmarin apabila berlaku kekecohan di hotel penginapan susulan pelumba dan pegawai pasukan tidak dapat memasuki bilik selain tidak disediakan makan malam.

Justeru, satu mesyuarat tergempar diadakan lewat malam kelmarin bagi membincangkan perkara berkenaan membabitkan semua pihak.

Namun semua pasukan bersetuju memberikan ‘kelonggaran’ dan berkorban kerana perlumbaan sudah berlangsung dan lebih penting kejohanan berkenaan menawarkan mata terakhir bagi pelumba Asia untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Pasukan yang bertanding bersetuju menanggung kos makanan dan pengangkutan sendiri selain peringkat kelima dan terakhir perlumbaan dari Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam hingga ke Dataran Merdeka esok terpaksa dipendekkan jarak perlumbaan daripada 86.6 kepada 47 kilometer.

Pemegang jersi kuning perlumbaan, Francisco Mancebo (gambar) dari Skydive Dubai Pro Cycling Team menjelaskan dia mendapat perkhabaran menerusi pengurusnya bahawa penganjur menghadapi masalah kewangan.

“Sudah pasti kami mahu meneruskan perlumbaan kerana ia sudah berlangsung. Sepatutnya dari awal lagi dibatalkan jika tidak mahu diteruskan.

“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi ini, tapi ia bukan masalah besar kerana matlamat kami adalah mahu berlumba,” kata pelumba dari Sepanyol yang berpengalaman luas berlumba di pentas antarabangsa termasuk Tour de France.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Peloton Resources, Musairi Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kekangan kewangan dihadapi pihaknya.

“Anda sendiri boleh lihat perlumbaan masih diteruskan sehingga hari ini (semalam). Tiada sebarang masalah besar yang timbul,” tegas Musairi ketika dihubungi.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan perlumbaan, Musairi menjelaskan menurut peraturan, pihaknya mempunyai tempoh sebulan untuk proses pembayaran.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberikan hak penganjuran tiga tahun kepada Peloton Resources untuk menganjurkan kejohanan itu, bermula tahun ini.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99672#sthash.Jgy1V10x.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");