Membawang Hari Ini

Kembali selepas 2 tahun menyepi

Selepas menempa nama dengan kumpulan Tiga pada 2013, penyanyi berbakat besar, Zack Merican tiba-tiba menghilang dari persada seni tanah air.

Setahun menyepi, Zack, 22, kini kembali menyemarakkan industri dengan mempertaruhkan single terbaru berjudul Masih Setia dan bergerak secara solo.

“Saya pernah menghilang seketika kerana kecewa dengan keadaan industri seni ketika itu.

“Namun, saya tidak dapat melupakan minat yang sudah sebati dengan diri dan memutuskan untuk buat kemunculan semula.

“Berbekalkan modal sendiri, saya mempertaruhkan single pertama dan diharap ia dapat mengubat kerinduan peminat,” katanya.

Lebih bermakna, kata Zack, single terbaru yang berkonsep R&B itu adalah hasil sentuhannya sendiri selaku komposer dan penulis lirik bersama Rafikoncept.

“Lagu ini cukup istimewa kerana ia menceritakan perjalanan hidup saya.

“Saya berharap single ini dapat diterima peminat,” katanya.

Diminta mengulas perpecahan Kumpulan Tiga, kata Zack, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama dan mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Kumpulan Tiga pernah mengungguli kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu pada AIM21 dan pernah meletup dengan video muzik single pertama berjudul Pe–ngakuan.

Selain Zack, kumpulan Tiga turut dianggotai Syed Alfrizal, Mohd Qhairol Iqhssan dan Maya Haryanto.

Namun, kumpulan itu tidak bertahan lama apabila semua anggota berundur.

“Walaupun sudah berpecah, hubungan kami masih baik sampai sekarang. Ada juga anggota Tiga menyanyi secara solo,” katanya.

Ingin bergelar usahawan berjaya

Bukan saja berbakat sebagai penyanyi dan komposer, Zack juga anak muda serba boleh serta berwawasan.

Zack juga banyak menimba pengalaman sebagai penyanyi latar kepada ramai penyanyi popular tanah air iaitu Dafi, Aril AF, Dynda dan Azlan Typewriter.

“Saya juga pernah menjadi pelakon, pengarah, penerbit dan penyunting beberapa projek filem pendek sebelum ini.

“Buat masa ini, saya giat mempromosikan single Masih Setia termasuk di laman sosial.

“Saya juga ada beberapa lagu dalam simpanan, tetapi belum ada perancangan muncul dengan album penuh,” katanya.

Terbaru Zack rancak mencari material untuk si-

ngle pertama pelakon Faye Kusairi.

“Selain berlakon, Faye juga boleh menyanyi. Kami sama-sama bernaung di bawah pengurusan Rubbertapper Artist Management.

“Pada masa sama, saya turut merancang mencipta lagu untuk artis lain,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Zack berkata dia ingin bergelar usahawan berjaya.

“Saya sudah menubuhkan syarikat poduksi sendiri iaitu ZikZak Production pada tahun lalu.

“Fokus saya bukan pada muzik semata-mata sebaliknya ingin mengembang–kan cabang bisnes dengan menjual baju dan minuman yogurt,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");