Berita Hari Ini

Kemuka Tuntutan Palsu Sijil Sakit Kesalahan Rasuah – SPRM

PETALING JAYA: Dengan majikan kerugian sebanyak RM2.9 bilion setahun untuk membayar pekerja menggantikan rakan setugas yang cuti sakit, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa pekerja mengemukakan tuntutan palsu bagi sijil sakit (MC) adalah kesalahan rasuah.

Mohamad Tarmize Abdul Manaf yang merupakan pegawai bahagian pendidikan masyarakat SPRM menjelaskan mengapa mengeluarkan sijil sakit (MC) dengan maklumat atau tuntutan palsu menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, mengemukakan sijil sakit palsu tiada bezanya dengan tuntutan, resit atau invois yang mempunyai butiran palsu.

“Tahukah anda bahawa mengemukakan sijil saksi atau MC boleh menjadi kesalahan rasuah? Ia merupakan kesalahan di bawah kategori mengemukakan tuntutan palsu,” katanya di blog ourdifferentview.com menerusi kenyataan bertajuk “Menipu Sakit, Satu Kesalahan Rasuah?”.

Mohamad Tarmize menjadikan contoh di mana tertuduh didakwa kerana membuat tuntutan cuti sakit palsu selama dua hari dengan hari bergaji penuh.

Tertuduh didapati bersalah selepas dibuktikan bahawa dia tidak sakit sepanjang dua hari itu.

Tertuduh berkata, sijil sakit tidak termasuk di bawah Akta. Tetapi hakim mengekalkan sabitan tersebut kerana tertuduh menerima gaji penuh bagi kedua-dua hari “sakit” itu.

Tertuduh diarahkan membayar semula duit gaji berkenaan dan dikenakan denda.

Mohamad Tarmize berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit.

“Doktor dan pegawai perubatan juga perlu berwaspada agar tidak terlibat sekiranya ada ’pesakit’ yang tidak sakit memohon MC daripada anda,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri MustafarAli mengesahkan bahawa tuntutan palsu yang dikemukakan kepada majikan merupakan satu menipu dan kesalahan.

Beliau menambah, di bawah Seksyen 24, pekerja yang membuat tuntutan palsu boleh dipenjara sehingga 20 tahun tahun dan dikenakan denda.

Sebelum ini dilaporkan bahawa majikan Malaysia mengalami kerugian lebih RM1 bilion setahun kerana pekerja berpura-pura sakit untuk mendapatkan cuti sakit atau MC.

Menurut laporan pada 2014, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan bahawa majikan kerugian RM2.9 bilion setahun dalam bayaran lebih masa kepada pekerja menggantikan pekerja lain yang cuti sakit.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");