Panasnya Hari Ini

Kenaikan Harga Barang & Sara Hidup Salah Siapa?

KUALA LUMPUR:Sama ada dipihak kerajaan mahupun rakyat, masing-masing mempunyai kesilapan dan kekurangan yang mempengaruhi senario kenaikan harga barangan keperluan yang semakin membimbangkan.

Kini setiap hari di media sosial terdapat banyak rungutan yang dikongsi berikutan kehidupan yang semakin dihimpit dengan masalah kenaikan barangan keperluan harian.

Memetik sumber penulis blog Parpukari, berkongsi mengenai situasi dan senario berkaitan harga barangan yang kelihatan semakin melambung kini.

Ujarnya sejak pelaksanaan cukai  barangan dan perkhidmatan dan (GST) timbul pelbagai rungutan daripada rakyat ditambah pula tindakan individu yang memberi gambaran apabila cukai itu bakal menjadikan harga barang semakin murah.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Sebelum GST dilaksanakan para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini telah menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum dikenakan GST.

“Contoh coklat A sebelum GST harganya RM2, tetapi bila GST sudah hampir nak dilaksanan harga coklat A tadi sudah dinaikkan kepada RM3. Ini belum masuk GST 6 peratus.

“Jadi harga barangan tadi lepas RM3 campur enam peratus, maka jadilah ia RM3.18 dibundarkan menjadi RM3.20,” catatnya lanjut.

Tambahnya terdapat banyak contoh barangan yang mengguna pakai taktik sebegitu lantas menjadikan rakyat marah bukanya berkaitan pelaksaan GST tetapi isu kenaikan barangan yang luarbiasa.

“Kalau penguatkuasaan dilaksanakan dengan baik dan tidak mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik dari menteri terdahulu yang menjaga KPDNKK tu. Aku rasa keadaan tidak teruk macam sekarang,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, menteri yang baru dilantik juga sehingga kini masih belum menampakkan sebarang tindakan kepada peniaga yang bertindak menaikkan harga barangan sesuka hati mereka.

Ujarnya lagi, tidak dinafikan terdapat agenda meruntuh pentadbiran yang sedia ada namun tidak seharusnya pihak kerajaan hanya duduk diam dan meratapi nasib seperti tidak mempunyai kuasa.

“Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab membuat kerja mereka dan menangkap peniaga yang menjual harga yang terlampau.

“Apa masalah sekarang? Semua peniaga kini sudah berdaftar dengan kastam dan kerajaan sudah boleh pantau semuanya atau masih ada kekangan dalam tenaga kerja atau sistem yang masih tidak boleh kesan harga asal dari kilang sehingga la ke peruncit? ,” soalnya.

Tambahnya lagi, melalui sistem GST ni kerajaan sudah boleh mengenal pasti harga dari kilang hingga ke pembeli iaitu rakyat kebanyakan dan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga terlampau maka tindakan yang  sewajarnya perlu diambil.

Jelasnya lagi, pastinya tindakan itu sukar dan memakan masa namun ianya tidak akan selesai hanya dengan tindakan mengeluarkan kenyataan retorik semata yang mengatakan harga barangan di Malaysia masih murah kalau nak dibanding dengan negara jiran.

“Tolong kurangkan kenyataan kurang cerdik dari kalangan menteri-menteri kita yang cerdik pandai ni.

“Perlu cari jalan untuk selesaikan masalah peniaga-peniaga .Buat la kerja agar rakyat tidak menghukum kerajaan semasa PRU nanti,” katanya.

Bagaimanapun timbul kemusykilan apabila dilihat kini masih ramai rakyat Malaysia yang masih mampu bercuti di dalam dan luar negara berbeza dengan penceritaan di media sosial  mengambarkan rakyat MALAYSIA seolah mati kelaparan dan merempat ditepi jalan.

“Saya salahkan kedua belah pihak.Rakyat juga kadang kala melampau dan kerajaan pun ada yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

Rakyat katanya terus disogok dengan pemahaman isu skandal berbilion ringit yang masih belum disahkan yang membuatkan rakyat fikir bahawa kerajaan terpaksa mengenakan cukai dan menaikkan barangan untuk menutup kerugian berbillion ringgit.

“Yang sebenarnya ini tak betul pun tetapi disebabkan keadaan yang berlaku dan kenaikan demi kenaikan yang berlaku ini membuatkan rakyat terpaksa membeli cerita sebegini.

“Diharap penguatkuasaan dijalankan dengan lebih kuat lepas ni dan jika boleh diuruskan perkara asas ini percayalah masalah lain juga akan selesai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");