Berita Hari Ini

Kenyataan menghasut: Ali Tinju direman dua hari

SHAH ALAM – Pemimpin Gerakan Merah 1 Malaysia, Mohd Ali Baharom direman dua hari bermula hari ini berhubung kenyataannya yang disifatkan menghasut untuk menimbulkan kekecohan.

Mohd Ali atau dikenali sebagai Ali Tinju ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi 7 malam semalam kerana mengeluarkan kenyataan didakwa menghasut yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Mohd Ali direman dua hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik BHOnline

Kenyataan Ali bertajuk ‘Pesanan dari Ali Tinju-Ketua Gerakan Merah’ bersama rakaman suara yang meminta orang Melayu bersatu untuk mempertahankan bangsa dan kuasa Melayu supaya tidak menderita seperti di Singapura.

Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan kekecohan dan rusuhan di Kompleks Kota Raya di ibu negara, kelmarin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");