Panasnya Hari Ini

‘Kepimpinan Tertinggi UMNO Kini Cukup ‘Gila’’ – Khairuddin

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan tegas berkata, mereka yang bersekongkol untuk menutup kemungkaran adalah mereka yang sedang merosakkan serta mengkhianati UMNO.

Katanya, pendirian yang dipegang oleh kepimpinan tertinggi UMNO pada masa kini juga cukup ‘gila’.

Khairuddin berkata lagi, individu yang seharusnya memohon maaf adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafei Apdal.

“Yang harus memohon maaf adalah Presiden UMNO itu sendiri yang sehingga kini tidak pernah menjawab isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta wang derma RM2.6 billion secara komprehensif, telus, konsisten dan meyakinkan.

“Keseluruhan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi serta rakyat jelata kagum dengan pendirian Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang tidak akan memohon maaf terhadap tiada asas langsung untuk mereka berbuat demikian.

“Hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang akan memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan,”tegasnya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata Muhyiddin dan Shafie berpegang pada prinsip utuh untuk melawan pelbagai kemungkaran salahlaku penyelewengan khususnya meminta kepimpinan tertinggi menyiasat isu yang melibatkan skandal 1MDB dan wnag derma RM2.6 bilion.

“Apakah pendirian Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafei Apdal ini satu kesalahan?

“Perjuangan kedua tokoh pemimpin kanan UMNO ini yang amat mulia bertegas bagi memerangi rasuah serta penyelewengan tetapi digambarkan seolah-olah mengkhianati parti UMNO,”kataya.

Khairuddin berkata, sehingga kini Najib tidak lagi menjawab pelbagai soalan yang telah dilontarkan, sebaliknya terus merekacipta jawapan dengan fakta yang sentiasa berubah namun, ianya masih gagal mempengaruhi rakyat.

“Yang konsisten hanyalah reka-cipta jawapan dengan fakta yang senantiasa berubah-ubah. Dari seorang penderma kini kepada beberapa penderma pula.

“Namun, keseluruhan ahli-ahli UMNO akar umbi serta rakyat jelata tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");