Panasnya Hari Ini

Keputusan Terhadap Muhyiddin & Shafie Malam Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung dua tokoh, Timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dijangka bakal diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO yang bakal berlangsung pukul 8 malam ini.

Memetik sumber laporan Awani, keputusan yang dijangka bakal dibuat bukan sahaja mengenai persoalan sama ada Muhyiddin dibenarkan menyampaikan ucapan semasa sesi penggulungan, tetapi melibatkan nasib beliau di dalam parti keramat itu.

Terdahulu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lalu menyatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO itu didakwanya telah melampaui batas ketika menyampaikan ucapan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada malam Isnin lalu.

Jelas Tengku Adnan, Muhyiddin juga berkemungkinan boleh kehilangan jawatannya akibat daripada sikap serta perbuatan tersebut.

“Beliau mungkin hilang jawatannya dan ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin,” kata Tengku Adnan.

Muhyiddin juga tidak menghadiri majlis Taklimat Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan pada rombakan Kabinet Julai lalu, menghadiri taklimat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");