Berita Hari Ini

Kerajaan sedia inisiatif pembangunan belia

TAWAU – Kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha menyediakan perancangan strategik serta inisiatif pembangunan belia di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, inisiatif itu merangkumi pelbagai program termasuk kemahiran dan keusahawanan, usaha menjana ekonomi, langkah-langkah pendekatan dalam membendung gejala sosial, khidmat bimbingan, kemudahan dan sokongan bagi memperkasa golongan berkenaan.

“Namun, kejayaan dan kecemerlangan belia tidak bergantung kepada komitmen kerajaan semata-mata, tetapi golongan berkenaan perlu mempunyai semangat serta kesedaran tinggi untuk berubah bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Hamisa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian sijil Kem Transformasi Minda Belia di sini malam tadi.

Mengenai kem itu, beliau berkata ia dapat meningkatkan kefahaman golongan belia dalam bidang keusahawanan selain memperkenalkan dan mempertemukan usahawan belia kepada penyedia pinjaman kewangan.

Program di bawah kelolaan Sabah Job Centre dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah itu berlangsung selama tiga hari dan disertai oleh 53 belia dari sekitar daerah Tawau.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");