Perak Hari Ini

Kereta Terbakar Selepas Bertembung Lori

SLIM RIVER: Sebuah kereta musnah terbakar setelah berlanggar dengan sebuah lori yang berlaku di Kilometer 381.4 Lebuhraya Plus menghala ke arah Utara awal pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku sekitar jam 3.43 pagi tadi.

“Setibanya penyelamat di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta musnah terbakar hampir 95 peratus,” katanya.

IMG-20151230-WA0001

Tambahnya lagi, kejadian kebakaran itu berlaku setelah kereta tersebut berlanggar dengan sebuah lori.

Bagaimanapun tiada mangasa yang mengalami kecederaan.

“Pihak penyelamat menggunakan dua aliran air yang bersumberkan dari air tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 5 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");