Panasnya Hari Ini

Kerjasama, Itu Tunggu Dulu- Hishammuddin

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa sebarang kerjasama politik di antara UMNO dan Pas perlu ditunggu buat masa ini.

Tambahnya perkara yang perlu diberi penekanan adalah menjaga parti keramat itu dengan lebih baik dan memastikan kepimpinan bersatu tanpa sebarang percanggahan.

“Itu tunggu dulu kerana yang penting kita perlu jaga rumah tangga dan memastikan orang Umno kuat, pemimpin Umno bersatu dan pastikan perwakilan tidak bercanggah.

“Kita sebelum ini berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan keadaan huru hara dan kini alih kepada isu lain, ini tidak adil,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi di Wisma Pertahanan memetik laporan Therakyatpost.

Tambahnya lagi, perbezaan pandangan dan pendirian politik itu pastinya ada namun apabila terdapat perkara yang menyentuh semua rakyat pastinya memerlukan kematangan dalam penilainya.

“Kita boleh berbeza pendapat dan pendirian dalam politik tetapi perkara yang menyentuh semua rakyat Malaysia tak kira warna kulit, agama dan kedudukan ini saya harap ada kematangan pada politik.

“Terserah kepada pihak lain sama ada mereka terima atau tidak,” katanya.

Hishammuddin turut menyifatkan bahawa Persidangan Agung Umno kali ini memberi tumpuan kepada penyatuan dan kesedaran untuk tidak berpecah sama ada dari dalaman atau luaran.

Beliau terdahulu menegaskan bahawa tiada sebarang pertemuan antara dirinya dengan parti politik Pas atau parti pembangkang yang lain.

“Mungkin ada pemimpin Umno dan Pas berjumpa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan dua pemimpin dari parti politik itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");