Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO Dan PAS, Jangan Kaitkan DAP- Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP menerusi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta supaya parti itu dan dirinya tidak dikaitkan dengan kerjasama diantara Pas dan Umno kerana kerjasama itu disifatkannya sebagai hal keluarga kedua-dua parti tersebut.

Beliau turut menafikan bahawa beliau terlibat dalam tindakan menulis mesej yang menggunakan akaun Twitter miliknya berhubung kerjasama Pas dan Umno baru-baru ini.

Terdahulu katanya, laporan polis dibuat oleh Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying berhubung mesej palsu tersebut.

“Dari senarai mesej dalam akaun Twitter saya, mesej palsu tidak dipaparkan. Ini menunjukkan, saya atau Lee Ying sebagai admin yang menguruskan laman media sosial saya tidak pernah menulis perkara itu.

“Saya tidak pernah mengeluarkan mesej berhubung kerjasama Pas dan Umno. Janganlah kaitkan saya dalam hal ini. Saya tidak mahu masuk campur kerana ini hal keluarga Pas dan Umno,” katanya memetik sumber laporan Sinar harian.

Malah maklumat yang tersebar itu juga disifatkannya adalah palsu dan berniat jahat kerana bertindak untuk mengaitkannya dengan kerjasama yang dijalinkan Umno dan Pas.

“Saya tidak pernah keluarkan komen apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tawar untuk adakan kerjasama dengan Pas. Bagi saya, itu hal mereka, jangan kaitkan saya dan DAP dalam hal ini,” katanya.

Malah tindakan itu adalah dikatanya sebagai satu taktik kotor yang sengaja digunakan bagi mengheret dirinya dalam isu Pas dan Umno.

“Sejak perhimpunan agung Umno 2015, saya tidak pernah keluar kenyataan berhubung kerjasama kedua-dua parti itu. Saya hanya sebut MCA kerana ia salahkan saya apabila Umno dan Pas bekerjasama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");