Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO Dan PAS Keutamaan Untuk Perbaiki Imej Islam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan usaha kerjasama politik antara UMNO dan Pas, antara lain berkaitan dengan memperbaiki imej Islam itu sendiri dan bukannya mengenai perjanjian kerjasama tersebut.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

“Kita perlu baiki imej Islam. Itu sebabnya kita sedang bekerjasama dengan Arab Saudi.

“Ia sebagai satu isyarat simbolik kepada negara dunia. Sama dengan Pas dan UMNO di mana keutamaan harus diberikan kepada Islam, ” katanya.

Bagaimanapun, beliau akui pihaknya belum dapat mengesahkan status gabungan politik antara dua parti tersebut.

Malah kerjasama dan hubungan antara parti itu juga masih jauh untuk dicapai.

Terdahulu, ianya menjadi bahan perbincangan ramai apabila pertemuan di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO  Datuk Seri Najib Tun Razak di Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015 di ibu negara, Khamis lalu yang dilihat sebagai langkah pertemuan dua pemimpin itu kearah usaha kerjasama tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");