Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO & PAS Tidak Membimbangkan- Tun M

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap terbuka dan menyifatkan kerjasama politik dihebahkan kini di antara UMNO dan PAS tidak membimbangkannya.

Memetik sumber Mstar, apa yang lebih membimbangkan beliau adalah mengenai kepimpinan parti itu pada ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu juga masih membidas dan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita akan menyukainya apabila terdapat kerjasama antara Umno dan PAS tetapi masalah sekarang adalah kepimpinan Najib,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Serantau Muslim Pelbagai Kaum anjuran Perkim.

Terdahulu, Najib telah berkongsi pentas yang sama dengan presiden PAS dalam satu persidangan mengenai perpaduan Islam di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");