Perak Hari Ini

Kes Bunuh Di Tapah, Tempoh Reman Disambung

IPOH: Tempoh reman suspek kes pembunuhan empat individu di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah yang tamat hari ini telah dilanjutkan selama 38 hari sehingga 5 Februari depan.

Perintah tahanan reman keatas kedua-dua suspek adalah dibawah Seksyen 4(1) (A) akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang dikeluarkan oleh Majistret Suhaima Mohd Nor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memohon lanjutan penahan reman tersebut dengan mengemukakan dua kenyataan bertulis daripada polis dan pihaknya.

Menurut Suffian, lanjutan reman itu dimohon bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan, selain perbuatan jenayah yang dipercayai dilakukan mereka menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada penduduk setempat.

Terdahulu  mekanik dan anak lelakinya dipercayai merupakan suspek kepada kes pembunuhan 4 individu tersebut dibebaskan tetapi ditahan semula untuk siasatan lanjut pada 9 Disember lalu mengikut POCA selama 21 hari yang tamat hari ini.

Sementara itu pada 26 Oktober lepas, polis menahan keempat-empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.

Manakala dua lagi suspek iaitu isteri dan anak kepada mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Disember lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan pembunuhan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");