Panasnya Hari Ini

Kes Tipu: Aktivis Ditahan, Mana Keadilannya?

KUALA LUMPUR: Tindakan penahanan dua orang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung kes pergaduhan yang tercetus di sebuah pasaraya di sinidisifatkan sebagai tidak wajar oleh beberapa pihak termasuk blogger politik, parpukari.blogspot.com.

Menerusi entri terbaru yang dikeluarkan di laman blognya, beliau mempersoalkan tentang penahanan aktivis berkenaan dan juga tindakan yang diambil terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, aktivis yang ditahan tersebut merupakan seorang yang sangay baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya telah ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Namun, tambahnya, beliau berasa sedih apabila aktivitis berkenaan ditahan ketika pergi ke pasaraya berkenaan untuk mendapatkan keadilan untuk pelanggan yang dikurung selama empat jam oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kita tak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut tetapi yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut sudah ditahan pihak polis semalam. Dimanakah keadilan untuk aktivis ini?

“Macam mana dengan peniaga penipu tu? Apakah tindakan sudah diambil? Kalau audah diambil apakah peniaga jahat dna oenipu itu sudah ditangkap?,” soalnya.

Beliau menegaskan, sekiranya semua aktivis yang ingin membela nasib rakyat yang ditindas tersebut ditahan, wujud kebimbangan bahawa tiada lagi yang mahu membela nasib mereka.

“Kalau semua aktivis dilayan sebegini takut nanti tiada siapa mahu membela rakyat tertindas nanti. Ya lah asal pergi bertanya atau dapatkan keadilan untuk yang tertindas, yang membela pulak kena masuk jail. Ada ke patut macam ini?,” soalnya lagi.

Beliau juga turut mempersoalkan adakah peniaga di kawasan yang berkenaan kebal sehinggakan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengambil tindakan.

“Dalam keadaan sekarang ni, dikala kenaikan harga barangan, bila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab ini, memang sakit dan terbakar. Jangan bawak main.

“Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini,” katanya lagi.

Beliau berharap agar aktivis berkenaan diberi peluang kerana mereka bukanlah penjenayah tetapi sebaliknya hanya berjuang untuk rakyat.

“Kepada Ketua Polis Negara. Bagilah muka sikit dengan aktivis ini. Mereka bukan penjenayah, mereka adalah pejuang untuk rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguatkuasa yang dah lama mati akibat rasuah. Kasihanilah mereka,” tegasnya lagi.

Terdahulu, dua aktivis PPIM telah dipanggil oleh pihak polis semalam untuk diambil keterangan berhubung kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya, Ahad lepas.

Perkara tersebut telag disahkan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang mengatakan bahawa kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4 petang semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");