Panasnya Hari Ini

Ketua UMNO Cawangan Sedia Dipecat, Desak Najib Undur Demi Parti

KUALA LUMPUR:Ketua-ketua UMNO cawangan yang terlibat dalam desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur tidak gentar untuk dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat yang juga disifatkan tindakan itu demi menyelamatkan parti.

Kenyataan itu dibuat Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Bahagian Puchong, Mohd Said Amidon yang menyatakan ketua-ketua UMNO cawangan berani untuk berhadapan dengan tindakan daripada Jawatankuasa Disiplin.

Said menjelaskan desakan itu bukan bertujuan untuk merosakkan parti tetapi sebaliknya menyelamatkan parti keramat Melayu itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Said tidak faham mengapa tindakan ahli akar umbi yang ingin menyelamatkan parti dianggap sebagai satu tindakan merosakkan parti.

Beliau juga menerima segala keputusan pihak atasan dan bersedia untuk dipecat daripada parti itu.

Kenyataan itu dibuat Said selepas diminta mengulas mengenai sembilan Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang akan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin pada Rabu ini.

Said juga berkata mereka akan terus mendesak Najib supaya berundur walaupun dikenakan tindakan.

Jelasnya, tindakan Jawatankuasa Disiplin parti adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa desakan itu dilakukan mereka kerana kecewa kalah dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");