Panasnya Hari Ini

Khairuddin Minta Bebas Anwar, Tiada Kaitan Dengan Rasa Bersalah,Insaf

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakannya yang meminta supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anuar Ibrahim dibebaskan dengan segera bukan disebabkan oleh rasa bersalah atau insaf.

Melalui catatan terbaharu di Facebooknya malam tadi, Khairuddin berkata, pendirian dan tindakannya terhadap Anwar pada suatu masa dahulu masih sama.

“Tetapi kini, saya mahu gerak dayausaha kearah menyatupadukan semua pemimpin-pemimpin Melayu bagi membangunkan semula Negara kita yang sedang berada di ambang kehancuran.

“Atas dasar inilah saya kata menyokong mana-mana dayausaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh,”katanya.

Tambahnya lagi, kini sudah tiba masanya untuk semua pemimpin dan rakyat bersatu secara ikhlas tanpa memikirkan agenda kepentingan politik masing-masing.

“Kita tidak harus toleh ke belakang, tetapi kena pandang jauh kehadapan untuk menyelamatkan Negara ini dari terus terhumban ke lembah kehancuran.

“Bersatu hati secara jujur dan bertanggungjawab untuk kita sama-sama singkirkan semua pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");