Perak Hari Ini

Kids Campus Duplikasi Sistem Pengajian Tinggi Di Peringkat Pra Sekolah

IPOH: Kanak-kanak yang memasuki prasekolah pada hari ini kini berpeluang mengadaptasi sistem pengajian tinggi menerusi Kids Campus, Tadika TAJ International College (TIC) yang dilancarkan semalam oleh pengasasnya, Tina Tajuddin.

Kids Campus Tadika TIC merupakan salah satu daripada jenama perniagaan di bawah TAJ Vision Sdn Bhd yang menadaptasi sistem pengajian tinggi khusus untuk kanak-kanak prasekolah.

Tina yang juga Ketua Pegawai Ekskutif TIC berkata, pembukaan Kids Campus merupakan sebuah tadika yang komprehensif dari segi pembangunan modulnya yang menyeimbangkan perkembangan awal kanak-kanak.

“Ianya mencakupi pembentukan akhlak dan sahsiah, kepintaran dan penyelesaian masalah, teknologi maklumat dan multimedia, kokurikulum dan kerohanian serta moral.

“Ini kerana mengurus dan membentuk modal insan dari peringkat usia empat hingga enam tahun merupakan peringkat yang paling kritikal. Jadi Kids Campus mengambil kira semua aspek ini dalam merangka modul ini dan selari dengan modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

IMG-20151223-WA0002

Mengulas lanjut, Kids Campus juga turut menawarkan program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada pelajar selain daripada bimbingan homework tuition kepada pelajar bagi memenuhi keperluan ibubapa.

Tambahnya lagi, selain itu, aktiviti lain yang turut ditawarkan adalah seperti kelas renang, seni mempertahankan diri dan juga muzik.

“Buat masa kini, Kids Campus hanya mempunyai satu cawangan iaitu di Ipoh. Pada 2017, kita mensasarkan untuk membuka 20 Kids Campus secara francais.

“Bagi mereka yang berminat, boleh menghubungi pihak pengurusan Kids Campus dan mereka akan menggunakan modul yang sama seperti yang terdapat di kampus induk,”ujarnya.

IMG-20151223-WA0004

Tina turut berkata, guru yang ditugaskan mengajar kanak-kanak di Kids Campus juga merupakan graduan Bachelor Early Childhood dan semestinya, TIC menitikberatkan standard dan kualiti yang memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak, Kids Campus turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan setiap bilik serta surau dilengkapi dengan penghawa dingin. Selain itu, kemudahan wi-fi juga disediakan kerana setiap pelajar akan dibekalkan dengan tablet untuk pembelajaran interaktif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");