Jenayah

Kompaun RM10 jika buang sampah

DUNGUN: Kompaun serta-merta sebanyak RM10 akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah merata-rata di dua lokasi di daerah ini yang diwartakan sebagai Zon Sifar Sampah.

Undang-undang itu dijalankan berkuat kuasa semalam di dua lokasi terlibat iaitu kawasan dataran merdeka dan Taman Sura Jeti.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), A Rahman Che Ali berkata, dua lokasi terlibat adalah lokasi pengenalan bagi program Zon Sifar Sampah, yang akan diperluaskan ke kawasan lain secara berperingkat.

Menurutnya, kompaun itu tidak seharusnya dianggap sebagai hukuman, sebaliknya latihan awal kepada masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih, ceria dan sihat.

“Mulai sekarang, sesiapa sahaja yang didapati membuang sampah sesuka hati, akan dikenakan kompaun. MPD akan memperluaskan Zon Sifar Sampah ini terutama di lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Kita tidak mahu memfokuskan kawasan terlibat sahaja, sebaliknya dilestarikan ke kawasan lain. Saya juga sarankan masyarakat jaga kebersihan di mana sahaja kerana Dungun adalah lokasi tumpuan pelancong,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Zon Sifar Sampah dan Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2015 di Arena Merdeka, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, program kesedaran juga memerlukan penglibatan agensi lain bagi mengubah minda masyarakat agar bertanggungjawab menjaga kebersihan, meliputi sistem pengurusan yang sistematik.

“MPD memperuntukkan RM10 juta setahun bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan indah. Langkah mengenakan kompaun RM10 ini amat wajar. Bukan untuk mencari keuntungan, tetapi sebagai peringatan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");