Membawang Hari Ini

Konsert 5 Divo: Gandingkan penyanyi tiga negara serantau

LIMA penyanyi dari tiga negara serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal beraksi dan berkongsi pentas yang sama menerusi konsert 5 Divo yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2016 ini.

Konsert anjuran Laugh Out Loud Entertainment (LOL Entertainment) ini dijangka berjalan dengan meriah di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pengarah Urusannya, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi berkata, penglibatan lima penyanyi iaitu Hafiz Suip, Hazama, Afgan, Judika dan Taufiq Batisah adalah sebagai simbolik keharmonian serantau.

“Muzik merupakan elemen yang menyatukan hati dan jiwa. Pemilihan nama-nama penyanyi ini adalah berdasarkan kualiti kerjaya, karisma dan kredibiliti penyanyi itu sendiri.

“Bagi saya, kelima penyanyi ini merupakan penyanyi masa kini yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan peminat mereka.

“Ini boleh dibuktikan dengan populariti dan lagu-lagu mereka yang sentiasa menjadi siulan peminat,” jelaskan pada sidang media Konsert 5 Divo, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai konsert itu, Dafi menjanjikan persembahan yang menghiburkan sepanjang konsert berlangsung.

“Selain kehebatan lima penyanyi, malam konsert yang mengangkat tema cinta itu turut diserikan dengan alunan muzik orkestra di bawah bimbingan ikon pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS.

“Saya yakin gabungan ini mampu memberi kepuasan buat penonton yang hadir sekali gus memberi pengalaman bermakna buat mereka,” katanya.

Sukar dapat tajaan

Pada masa sama, Dafi tidak menafikan agak sukar untuk mendapatkan tajaan untuk merealisasikan konsert tersebut namun itu bukanlah alasan untuk pihaknya berputus asa.

“Memang sukar dapatkan tajaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Alhamdulillah, setakat ini LOL Entertainment masih mendapat kerjasama yang baik dengan beberapa pihak.

Saya berharap konsert ini dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya yang turut memaklumkan konsert itu turut mendapat sokongan daripada Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Tiket untuk menyaksikan konsert 5 Divo ini boleh didapati menerusi talian www.ticketpro.com.my yang telah dijual bermula 28 Disember lalu.

Harga-harga tiket yang ditawarkan adalah RM 1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");