Berita Hari Ini

Kontroversi G25: Doakan mereka diberi petunjuk

TEMERLOH – Tuntutan kumpulan G25 untuk memansuhkan undang-undang berkaitan khalwat adalah sesuatu yang sangat memalukan apatah lagi dibuat bekas pegawai tinggi kerajaan dan pastinya berpendidikan tinggi.

Ahli Jawatankuasa Umno Temerloh, Zainuddin Izharulhaq berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya membuat tafsiran hukum syarak mengikut logik akal kerana sepatutnya mereka perlu bersandar pada dalil dan nas.

“Kita doakan mereka diberi petunjuk, saya anggap itu hanya pendapat mereka yang tidak disuluh dengan sumber yang sah,” katanya.

Zainuddin berkata, hukum syarak bersumber pada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias, majoriti umat Islam telah menerima penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Beliau berkata, hujah lemah dan remeh mereka semata- mata atas dasar kesalahan khalwat adalah dosa peribadi sangat memalukan.

Menurutnya, sebagai umat Islam sebelum mengkritik undang-undang Islam, sepatutnya perlu merujuk dengan mereka yang arif seperti ulama dan tokoh agama.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");