Membawang Hari Ini

Korban waktu latihan konsert

Sebelum ini Awie lebih banyak mengisi layar lebar dengan karakter komedi dan kini vokalis band rock legenda Wings itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie, Kaki Kipas yang bakal ditayangkan di TV9.

Awie ketika ditemui di set penggambaran telefilem arahan Nazir Jamaluddin memaklumkan, dia mengorbankan masanya untuk sesi latihan Konsert Wings 30 Tahun dan menjalani penggambaran.

“Bagi menjayakan telefilem ini saya terpaksa korbankan masa latihan untuk konsert. Saya terpanggil menerima tawaran ini selepas melihat kesungguhan pihak produksi yang mahu saya beraksi dalam Kaki Kipas.

“Beberapa kali saya tolak kerana sibuk dengan latihan dan persiapan konsert, tetapi mereka terus memujuk. Jadi tidak ada alasan untuk saya tolak tawaran ini,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja di bawah produksi itu, penyanyi berusia 47 tahun terbabit mengakui selesa kerana wataknya tidak terlalu berat malah gembira apabila ada antara rakan gandingannya pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Saya pernah bekerja dengan Bell Ngasri, jadi apabila digandingkan tak ada masalah.

“Saya suka lihat kesungguhan kru produksi yang sanggup berhempas pulas menjayakan Kaki Kipas. Bagi saya, ia sesuatu yang membanggakan,” katanya.

Diminta mengulas keistimewaan karya itu, Awie berkata jalan cerita yang diketengahkan dekat dengan penonton dan biasa berlaku dalam masyarakat hari ini.

“Lihat judulnya ramai sudah dapat mengagak apa yang bakal disajikan kepada penonton. Ia mengisahkan kehidupan masyarakat yang suka membodek untuk kepentingan diri.

“Saya pegang wtak Meon, pemandu kepada Datuk Faizal lakonan Ebby Yus. Meon bercinta dengan anak saudara majikannya, Intan (Reen Rahim).

“Ini pengalaman pertama saya bekerja di bawah arahan Nazir. Bagi saya Nazir pengarah yang bagus malah dia bekerja keras bagi memastikan sentuhannya tidak mengecewakan,” katanya.

Tambah Awie lagi, dia tidak hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, tetapi juga sebagai anak seni dalam membantu menaikkan industri hiburan tanah air.

“Walaupun watak yang diberikan tidaklah sebesar mana, saya buat sehabis baik. Itu tanggungjawab saya,” katanya.

Menjelang 25 Disember ini, Awie dan anggota Wings lain akan menggegarkan Dataran Bandaraya, Johor Bahru selepas kejayaan Konsert Wings 30 Tahun yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.

Untuk konsert kedua ini, mereka menyasarkan peminat Wings dari Johor dan Singapura.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102257#sthash.L6UjKSD8.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");