Sukan Hari Ini

Kos Olimpik dorong bos Toyota lepas jawatan

TOKYO: Presiden Toyota mengumumkan meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pengelola Olimpik Tokyo 2020 ketika laporan mendakwa kos penganjuran sukan berkenaan naik enam kali ganda berbanding anggaran asal.

Akio Toyoda yang dilantik sebagai naib presiden jawatankuasa itu memilih langkah itu namun selaku ketua Kumpulan Pelobi Keidanren, dia tetap menyokong penganjuran temasya berkenaan. Kumpulan Keidanren adalah persekutuan perdagangan terbesar di Jepun.

Toyota, selaku pengeluar kereta terbesar dunia menjanjikan tajaan hampir AS$1.0 bilion (RM4.3 bilion) bagi menjayakan Sukan Olimpik 2020.

“Saya rasa amat penting bagi jawatankuasa pengelola serta komuniti perniagaan di Jepun mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi Sukan Olimpik Rio 2016.

“Saya dengan ini perlu menyatakan pendirian betapa peranan saya selaku ketua komuniti perniagaan tetap menyokong sepenuhnya penganjuran Olimpik 2020,”katanya menerusi kenyataan.

Akhbar tempatan melaporkan jawatan yang dikosongkan Toyoda akan diisi oleh Presiden Panasonic, Kazuhiro Tsuga.

Stadium Olimpik Tokyo dijangka menelan belanja sehingga AS$15 bilion (RM64.5 bilion) iaitu enam kali ganda berbanding harga asal. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");