Perak Hari Ini

KPOA Beri Manfaat Kepada Masyarakat Orang Asli

SUNGAI SIPUT: Koperasi Pembangunan Orang Asli (KPOA) dilihat mampu memberi banyak manfaat kepada Orang Asli terutama kepada ahli-ahlinya.

Menurut penasihatnya, A.Ramesh, sehingga kini, seramai hampir 1,000 masyarakat Orang Asli telah menjadi ahli koperasi berkenaan sepanjang tempoh setahun penubuhannya sejak September 2014 yang lalu.

Katanya, sehingga kini, usaha untuk menambahbaik sosioekonomi masyarakat Orang Asli masih tetap dilakukan oleh pihaknya meskipun terdapat beberapa halangan untuk mencapai tujuan tersebut.

“Kami sangat sedih kerana kegiatan ekonomi yang dirancang tidak dapat berlangsung dengan lancar dengan adanya isu-isu yang terbabit tanah dan sebagainya.

PERAK TODAY 2

“Tetapi ahli-ahli koperasi yang menjangkau seramai 1,000 orang pada waktu ini setiap masa dan berjanji akan meneruskan perjuangan kami untuk menambahbaik sosioekonomi masyarakat Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke-2 KPOA Negeri Perak Berhad 2015 di sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh masyarakat Orang Asli dan ahli koperasi daripada 26 kawasan perkampungan di seluruh negeri Perak.

Ianya telah dirasmikan oleh Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi.PERAK TODAY 3

A.Ramesh juga berkata, antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli adalah ketiadaan tanah untuk melakukan aktiviti pertanian bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat berkenaan.

Beliau juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat membantu dalam meluluskan permohonan yang diajukan berhubung pewartaan tanah bagi pembangunan Orang Asli berkenaan.

“Harapan kita kepada kerajaan negeri Perak ialah segerakan isu tanah yang belum diwartakan.

“Kerajaan Negeri Perak seharusnya memikirkan secara terperinci bagaimana isu-isu tanah yang belum diwartakan sebagaimana permohonan daripada masyarakat Orang Asli ini dapat disegerakan,” katanya lagi.

Sementara itu, Syed Abdul Rahman pula berkata bahawa beliau akan sedaya upaya untuk memberikan bantuan kepada masyarakat Orang Asli berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak seharusnya diketepikan dan harus didengar oleh Kerajaan Pusat dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan terutamanya Kerajaan Negeri Perak.

“Saya akan buat temujanji kepada pihak JKOA dan juga pihak kementerian yang menjaga jabatan orang Asli ini untuk memberi keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPOA tersebut memang perlu diadakan kerana ia akan menjadi satu jambatan bagi mengeratkan silaturahim secara sekumpulan kepada kerajaan pusat.

“Kita harus membantu koperasi ini untuk mendatangkan dana supaya mereka boleh berdikari dan membangunkan kawasan-kawasan seperti yang disebut oleh Tok Batin tadi seperti baja, benih dan sayur,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");