Panasnya Hari Ini

Kumpulan G25 Tidak Faham Prosedur – Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan bahawa Kumpulan G25 tidak memahami  mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh pihak berkuasa agama dalam melaksanakan serbuan khalwat.

Memetik laporan Berita Harian beliau memberi saranan supaya kumpulan itu dididik daripada meminta Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa terhadap kumpulan ini dan melabel kumpulan itu sebagai sesat.

“Saya percaya bahawa G25 sebenarnya keliru dan kurang faham dengan terma pendekatan Wasatiyyah, objektif Syariah dan SOP yang digunakan oleh pihak berkuasa agama sebelum menjalankan serbuan ke atas pasangan yang belum berkahwin.

“Pihak berkuasa bukan dengan sewenangnya menyerbu kediaman seseorang pada jam 3 atau 4 pagi. Sekiranya pengadu adalah isteri, suami atau jiran, pihak berkuasa terpaksa menyerbu kediaman. Mungkin terdapat ahli G25 yang keliru dengan SOP dan pelaksanaannya,” katanya.

Menurut beliau, kumpulan ini perlu diberi pendedahan dan maklumat supaya mereka memahaminya.

“Tidak perlu untuk meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa dan melabelkan G25 sebagai sesat.

“Sekiranya bantahan terhadap kumpulan ini hanya membabitkan beberapa isu seperti serbuan khalwat, kita didik dan beri maklumat kepada mereka,” tambahnya.

Terdahulu, kenyataan G25 berhubung undang-undang khalwat telah menimbulkan banyak ketidakpuasan hati banyak pihak termasuklah para mufti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");