Sukan Hari Ini

Laungan keyakinan

Madrid: Real Madrid bakal melayan kunjungan Real Sociedad hari ini dalam usaha menghasilkan satu lagi persembahan membanggakan selepas melakar sejarah apabila meledak 10 gol dalam satu perlawanan di bawah kendalian pengurus semakin tertekan, Rafael Benitez.

Real muncul pasukan pertama mencapai keputusan dua angka dalam satu perlawanan di La Liga dalam tempoh 55 tahun apabila menang 10-2 ke atas Rayo Vallecano sejurus sebelum rehat musim sejuk di Sepanyol.

Tetapi keputusan itu tidak cukup untuk menghalang peminat daripada mengejek Benitez di Santiago Bernabeu.

Real merapatkan jurang dengan pendahulu, Barcelona dan Atletico Madrid kepada dua mata dan pemain tengah Jerman, Toni Kroos melaungkan keyakinan mereka mampu memintas kedua-dua pasukan berkenaan tidak lama lagi.

“Kami mahu melakukan yang lebih baik, untuk diri sendiri dan juga peminat,” katanya.

“Ada beberapa ketika di musim ini, kami tidak bermain pada tahap terbaik.

“Kami berusaha keras ketika sesi latihan setiap hari dan ia pasti berbaloi dan membawa kesan kepada keputusan perlawanan kami nanti.

“Saya percaya konsisten itu bukan saja amat diharapkan peminat malah kami sendiri mahu berada pada tahap terbaik.”

Pemain yang pernah menjulang Piala Dunia itu merayu peminat Real supaya terus percaya dengan pasukannya.

“Terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan. Kami adalah Real Madrid dan kejayaan sentiasa menjadi darah daging kami.”

Sementara itu, pemain pertahanan Perancis Raphael Varane yang tidak beraksi sebulan akibat hamstring, sudah kembali menjalani latihan penuh.

Bagaimanapun, kelmarin, Real tewas dalam rayuannya untuk tidak disingkirkan daripada saingan Copa del Rey selepas menurunkan pemain tidak layak bermain sambil Mahkamah Tribunal Sukan Sepanyol mengesahkan keputusan itu kekal.

Dalam satu lagi aksi Barca yang mempunyai kelebihan satu perlawanan akan melayan kunjungan Real Betis di Camp Nou selepas mereka menjulang lima piala musim ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");