Sukan Hari Ini

Lebih minat lihat reaksi lawan

London: Pemecatan Jose Mourinho dari Chelsea membuatkan pengurus Sunderland Sam Allardyce tidak pasti apa yang perlu diharapkan daripada pasukan terbabit ketika anak buahnya mengunjungi Stamford Bridge malam ini.

Mourinho dipecat semalam selepas keputusan mengecewakan yang menyebabkan kelab itu berada hanya satu mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tempat ke-16, tiga mata di atas Sunderland yang menghuni tangga ke-19.

Chelsea menganggap pemecatan itu sebagai ketiadaan hubungan di antara jurulatih kelahiran Portugal itu dengan pemainnya dan ketika Allardyce mengharapkan reaksi daripada pasukannya, beliau juga tertarik bagaimana reaksi peminat bakal mempengaruhi perlawanan di padang.

“Secara jujurnya saya tidak pasti sama ada ia akan menjadikan tugas saya lebih sukar atau sebaliknya,” kata Allardyce.

“Semua orang menjangkakan reaksi tertentu apabila pengurus dipecat.

“Saya fikir ia sesuatu yang menyedihkan apabila pemain bermain lebih baik apabila pengurus mereka dipecat.

“Saya rasa seseorang pemain itu tidak bertanggungjawab terutama jika mereka berkata selepas permainan: ‘Kami lakukannya demi pengurus lama.’

“Saya fikir pasti ada reaksi daripada pemain mereka tapi bagaimana penyokong akan bertindak balas juga sesuatu yang menarik.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");