Perak Hari Ini

Lelaki Maut, Dipercayai Terkena Renjatan Eletrik

IPOH: Seorang lelaki maut setelah dipercayai terkena renjatan eletrik sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat, kejadian berlaku sekitar jam 12.08 tengah hari tadi berhampiran Eastern Decorator Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

“Setiba penyelamat di lokasi kejadian didapati seorang lelaki telah terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter dan disyaki terkena renjatan elektrik,” katanya.

Tambah sumber, pihaknya telah bertindak menggunakan tali dan pengusung bagi membawa mangsa keluar dari lokasi kejadian.

Mangsa diserah kepada pihak Polis untuk tindakan susulan.

Operasi tamat sekitar jam 1 petang tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Jamal Mohd Amin

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");