Panasnya Hari Ini

Lima Cawangan UMNO Ulu Kelang Desak Najib Letak Jawatan

KUALA LUMPUR:Lima cawangan UMNO Ulu Kelang pula tampil menyatakan desakan supaya Presiden UMNO yang juga merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, desakan itu dibuat oleh cawangan Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake Yew Batu Caves.

menurut jurucakap cawangan tersebut, Hamdan Abd Rahman desakan yang dibuat oleh mereka adalah kerana sayangkan parti.

“Kami bukan mengacau tetapi kami berkorban untuk UMNO. Dengan ini kami telah membuat ketetapan iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

“Pemilihan parti dalam UMNO yang dijadualkan pada 2016 perlu diteruskan. Tindakan terhadap pemimpin dan ahli UMNO yang mengkritik UMNO perlu dihentikan kerana ini membunuh demokrasi dalam UMNO,” katanya pada sidang medianya di Taman Melawati semalam.

Beliau yang merangkap Ketua Cawangan Delima Lembah Keramat berkata, selaku pemimpin akar umbi mereka perlu mengambil tindakan dan tidak mengharapkan ketua-ketua bahagia.

“Kita bukan lawan parti dan kerajaan. Kita nak kan supaya pemimpin berundur.

“Dah sampai masanya UMNO mempunyai pemimpin berani dan berintegriti.

“Saya tengok macam Tun Dr Mahathir Mohamad dia berani. Tan Sri Muhyiddin Yassin dia berani. Jadi kenapa kita perlu takut,” tegasnya.

Tambahnya lagi, tindakan itu juga diambil oleh mereka setelah mendapati bahawa Ketua-ketua bahagian dan Majlis Tertinggi parti enggan untuk bersuara.

“Adalah malang ketika UMNO mengharapkan kebenaran, mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab gagal melaksanakan tugas dengan jujur dan sempurna,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");