Sukan Hari Ini

‘Lorongan ajaib’ Wak Doyok

Kuala Lumpur: Di sebalik dua jaringan cantik pada setiap babak yang dijaringkan menerusi ledakan kaki kidal Hazwan Bakri, ia sebenarnya berpunca daripada gerakan rakan sepasukannya Guilherme de Paula apabila bijak melorongkan bola ke arah penyerang kebangsaan itu.

Watak selaku pengumpan yang dimainkan tonggak import dari Brazil itu ternyata menjadi, malah kualiti setiap hantarannya kepada Hazwan dan Hadi Yahaya membuatkan benteng pertahanan Kedah terperangkap sekali gus membuka ruang buat penyerang Selangor mencipta jaringan.

“Memang dari awal strategi pasukan adalah meletakkan saya di depan bersama Hadi dengan mengharapkan larian dari belakang oleh Hazwan dan Andik Vermansyah.

“Apabila bola ada di kaki, saya lihat kedudukan dia (Hazwan) cukup baik dan pertahanan lawan juga tidak menjaga dia. Saya cuma menghantar bola dan mengharapkan sesuatu akan terjadi melalui gerakan itu.

“Dengan ketenangan dimiliki selain naluri penyerang yang ada dalam dirinya, dia berjaya menyumbangkan dua jaringan yang saya kira amat berkualiti,” katanya selepas Hazwan dinobat selaku pemain terbaik perlawanan akhir itu.

Bagi Guilherme atau lebih mesra dipanggil Wak Doyok, ketajaman dan kepantasan dimiliki oleh Hazwan membuktikan skuad Harimau Malaya sebenarnya masih memiliki penyerang terbaik untuk dipertaruhkan di peringkat antarabangsa.

“Saya lihat dia mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak, lagipun dia masih muda dan seorang pemain yang cukup berdisiplin tidak kira ketika latihan mahupun perlawanan.

“Dia juga rajin membantu hingga ke bahagian bawah setiap kali diserang selain cepat membuka permainan apabila serangan pantas dilakukan.

“Bagi saya dia seorang penyerang yang lengkap. Kalau dia terus diberikan peranan dalam pasukan tidak kira kelab atau negara, saya yakin dia boleh jadi pemain legenda dan namanya akan diingati sampai bila-bila,” ujarnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");