Isu Panas

Mahkamah tolak semakan kehakiman SU PAS Pulau Pinang

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, hari ini, menolak semakan kehakiman yang difailkan Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim bagi mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung pemecatannya daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP), pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, turut memerintahkan Iszuree membayar kos guaman RM2,500 kepada responden pertama dan ketiga, iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri, manakala RM5,000 kepada responden kedua iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

November tahun lalu, Iszuree memfailkan permohonan bagi mencabar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengeluarkan beliau daripada semua jawatankuasa tetap MBPP.

Beliau juga memohon responden pertama, kedua dan ketiga membayar ganti rugi kepadanya seperti yang ditaksirkan oleh mahkamah kelak dan kos permohonan sampingan ditanggung serta dibayar oleh ketiga-tiga responden dalam apa keadaan sekalipun.

Permohonan itu difailkan Iszuree, yang juga Ahli Majlis MPPP sejak tahun 2010, menerusi peguamnya, Mohd Harris Abdullah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");