Membawang Hari Ini

Mak Cun ronda Berlin, Amsterdam

Siapa sangka daripada sekadar mencuba nasib, kini drama bersiri Mak Cun yang bakal menjengah ke musim kedua akan menjelajah sehingga ke Berlin dan Amsterdam.

Penerbit dan bintang utamanya, Erma Fatima memaklumkan Mak Cun kini bukanlah sekadar karakter komedi dalam drama tetapi dia juga turut dipanggil dengan nama itu.

“Kalau keluar pun, sekarang ramai yang sudah tidak memanggil saya sebagai Erma tetapi Mak Cun terutama peminat dalam kalangan kanak-kanak.

“Insya-Allah, menjelang Januari, Mak Cun akan memulakan penggambaran untuk musim kedua dan kali ini, kami akan menjalani penggambaran di Berlin dan Amsterdam,” katanya.

Kata Erma lagi, drama bersiri yang mencatat jumlah tontonan tertinggi di TV3 untuk tahun ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran watak baru.

“Selain watak sedia ada, Mak Cun musim kedua akan menampilkan watak-watak yang diangkat daripada teater Mak Cun The Musical baru-baru ini.

“Antaranya, Fauziah Ahmad Daud, Ungku Ismail, Dafi dan ramai lagi,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, teater mencatat rekod penjualan tiket tertinggi sepanjang tahun ini dan disebabkan itu, Erma ingin mengembangkan lagi jenama Mak Cun ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain itu, Mak Cun juga kini bukan lagi sekadar watak, tetapi saya ingin jadikan satu jenama yang dekat dengan penonton dan masyarakat di negara ini,” katanya.

Kata Erma lagi, Mak Cun akan mewakili produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Produk IKS yang akan diketengahkan di bawah jenama Mak Cun antaranya kicap, sos dan beberapa barangan keperluan harian lain selain bedak sejuk.

“Ini sedikit sebanyak dapat membantu menaik taraf industri perniagaan kecil-kecilan di samping mempromosikan produk tempatan,” katanya.

Baginya, dengan adanya jenama Mak Cun yang akan menjengah ke pasaran menjelang April, dia sedikit sebanyak memotivasikan masyarakat untuk menjadi usahawan.

“Saya tidak sekadar menghentikan Mak Cun di dalam drama dan teater tetapi inginkan kesinambungan yang mampu memotivasikan masyarakat untuk menjadi usahawan.

“Dalam masa sama, saya mahu watak Mak Cun itu dilihat sebagai usahawan sebenar,” katanya.

Selain Mak Cun, Erma juga akan turut terbabit dan akan membawa drama terbitannya, Rumi dan Jawi ke New York untuk menjalani penggambaran.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");