Perak Hari Ini

Mayat Bawah Jambatan, 6 Suspek Ditahan

IPOH: Siasatan terhadap kes penemuan mayat lelaki yang di bawah jambatan kedua di Kilometer 8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran jambatan Gerik-Kupang pada Ahad lepas telah hampir selesai.

Ia berikutan penahanan terhadap enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berumur 41 tahun.

“Punca kejadian adalah hutang dan sehingga kini pihak Polis berjaya menangkap seramai 6 orang suspek dan siasatan masih lagi berjalan,” katanya pada sidang media sejurus selepas menghadiri Majlis Penyematan Pangkat Inspektor ke Asisten Suprintenden Polis (ASP) 2015 dan majlis persaraan Pegawai Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Perak di sini hari ini.

PERAK TODAY 5

Sebanyak 42 Pegawai menerima pangkat ASP dan 387 orang warga Polis Perak yang menjalani persaraan pada majlis kali ini.

Tambahnya lagi, penahanan keenam-enam suspek berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut dan telah direman bermula 17 sehingga 22 Disember depan.

“Kini penyiasatan adalah pada peringkat mengumpul maklumat dan keterangan bagi dikemukan pada pihak mahkamah dan Timbalan pendakwaraya,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 23 hingga 35 tahun dan telah ditahan mulai 11 Disember lalu sehingga tangkapan terakhir pada 16 Disember lalu.

“Tangkapan suspek-suspek tersebut daripada dalam Perak dan luar negeri ini dan mereka mempunyai pekerjaan yang berbeza.

“Pihak Polis percaya bahawa kematian tersebut tidak berlaku di lokasi mayat tersebut ditemui tetapi mayat telah dicampakkan di lokasi tersebut,” katanya lanjut.

Terdahulu, sekumpulan jurugambar yang mengambil pemandangan di atas jambatan dan terdengar salakan anjing sebelum terlihat sekujur mayat dibawah jambatan berkenaan.

Hasil besah siasat mendapati mangsa meninggal antara dua hingga empat hari lalu dan punca kematian dipercayai akibat hentakan kuat di dada dengan objek tumpul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");