Perak Hari Ini

Mayat Dengan Kesan Tembakan Ditemui

SELAMA: Mayat seorang lelaki dengan tiga kesan tembakan di bahagian muka dan dahi telah ditemui di tepi jalan masuk ke Bukit Sumpitan di sempadan Gerik dan Selama, tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tersebut.

“Pada jam lebih kurang 12.20 tengahari , Gerakan Selama telah menerima maklumat daripada orang awam bahawa mereka menjumpai satu mayat di tepi jalan masuk di Bukit Sumpitan.

“Hasil siasatan ditempat kejadian, pihak polis telah menjumpai mayat seorang lelaki (bangsa tidak pasti) mati dalam keadaan terlentang dalam berpakaian penuh,” katanya.

Beliau berkata, semasa ditemui, terdapat kesan darah dibahagian dahi mangsa, namun tiada kesan darah disekeliling mayat mangsa.

Ujarnya lagi, tiada pengenalan diri dijumpai dan mangsa dipercayai dibunuh dikawasan lain sebelum mayatnya dibuang ke tempat kejadian dimana mangsa ditemui.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh forensik telah mendapati tiga kesan tembakan iaitu satu di bahagian dahi dan dua dibahagian muka. Mangsa dipercayai di tembak dari jarak sederhana.

“Berdasarkan kesan BCG dilengan kiri mangsa dipercayai mangsa seorang warganegara Malaysia,” tegasnya lagi.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk post mortem.

Tambahnya, usaha untuk mengesan waris mangsa akan dibuat melalui cap jari yang dirujuk pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Bukit Aman.

Tegasnya, orang ramai yang telah kehilangan atau ahli keluarga yang tidak pulang ke rumah dan juga yang mengenali mangsa di minta segera berhubung dengan balai polis yang berhampiran atau berhubung terus ke IPD Selama bagi membantu siasatan.

“Mangsa berumur dalam lingkungan 50 tahun dan berbadan gempal. Ketika ditemui, mangsa memakai baju T warna gelap dan seluar Jean biru gelap serta memakai tali pinggang coklat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");