Perak Hari Ini

MBI Peruntuk Lebih RM1.2 juta Tambahbaik Infrastruktur

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memperuntukan sejumlah lebih RM1.2 juta untuk menambahbaik dan membaikpulih beberapa infrastruktur di bandaraya ini.

Ia termasuklah membina susur jalan, membaikpulih tandas di kolam renang MBI dan mengecat semula bahu jalan di sekitar Bandaraya Ipoh.

PERAK TODAY 5

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, kerja-kerja penambahbaikan dan membaikpulih berkenaan dilakukan bertujuan untuk memberi keselesaan kepada warga kota Ipoh.

Beliau berkata, sejumlah RM150,000 telah diperuntukan untuk menjalankan kerja-kerja membina jalan susur, laluan masuk dan petak letak kereta yang baru di pesisiran Sungai Kinta.

“Projek ini telah mula dilaksanakan pada 16 November yang lalu dan dijangkakan siap serta dibuka kepada orang awam pada 20 Disember ini.

“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas disamping memberi kemudahan dan keselesaan kepada warga kota Ipoh untuk berekreasi di taman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Ujarnya lagi, MBI juga telah melantik krontraktor untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih tandas dan tempat persalinan kolam renang MBI bermula pada 3 Ogos yang lalu.

PERAK TODAY 3

“Projek yang bernilai RM287,680 ini melibatkan kerja-kerja menggantikan jubin lantai dan dinding yang retak serta pecah, saluran paip air masuk utama dan tangki yang bocor; sistem paip dalam tandas, alat-alat kelengkapan tandas serta siling dan kerja-kerja mengecat semula dinding dalam dan luar,” katanya.

Zamri berkata, kolam renang berkenaan telah dibuka semula kepada orang ramai bermula pada 7 November yang lalu.

PERAK TODAY 6

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah RM810,000 pula telah diperuntukan untuk kerja-kerja mengecat semula bahu jalan di sekitar bandaraya Ipoh mulai 4 hingga 24 November yang lalu.

“Semoga dengan siapnya kerja-kerja mengecat tersebut akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya disamping menceriakan lagi Bandaraya Ipoh,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");