Sukan Hari Ini

McClean label Klopp bodoh

KETEGANGAN perlawanaan antara Liverpool dan West Brom Albion yang berakhir keputusan seri 2-2 sebelum ini nampaknya belum sampai ke penghujungnya.

Terbaru, pemain West Brom, James McClean, melabel pengendali The Reds, Jurgen Klopp sebagai seorang yang bodoh.

“Saya menghormatinya kerana dia melakukan tugas yang sangat baik ketika bersama Borussia Dortmund tetapi selepas perlawanan itu, saya rasakan dia bodoh.

“Anda tidak boleh bersikap seperti itu. Menang, kalah atau seri, anda harus menghormati pasukan lawan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Klopp dilihat engan bersalaman dengan pengendali West Brom, Tony Pulis selepas berakhirnya perlawanan di Anfield.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");