Perak Hari Ini

Mee Ketam Kampung Dew, Punyai Keenakan Tersendiri

TAIPING: Kampung Dew yang terletak di Taiping amat terkenal dengan satu lokasi yang menjadi daya tarikan pelancongan iaitu kawasan yang dipanggil Jeti kelip-kelip.

Kawasan yang menjadi tarikan eco-pelancongan tersebut saban hari mendapat kunjungan daripada pelancong yang datang dari dalam mahupun luar negara.

Hampir 50,000 pelancong datang ke sini saban tahun menjadikan kawasan ini semakin dikenali.IMG_8024

Namun begitu, apa yang lebih menarik bagi pengunjung jika datang ke Kampung Dew ini adalah tidak lain tidak bukan kerana keenakan mee ketam yang terdapat di salah sebuah restoran yang dibuka di sini.

Bukan sahaja kerana keenakannya, mee ketam di sini amat berkualiti kerana hanya menggunakan ketam nipah yang masih hidup dan segar untuk memastikan rasanya yang lebih sedap.

Menurut pemilik restoran berkenaan, Norizan Ishak 48, mee ketam yang dimasak olehnya menjadi pilihan kepada pengunjung selepas lokasi pelancongan berkenaan dibuka beberapa tahun lalu.

Ujarnya, setiap hari beliau menggunakan antara 10 hingga ke 20 kilogram ketam nipah hidup yang dibeli daripada nelayan tempatan.

Adakalanya, beliau terpaksa mendapatkan dan membeli ketam segar dari luar kawasan seperti Kuala Gula, Trong dan Sungai Kerang kerana permintaan yang begitu memberangsangkan terhadap mee ketamnya.

“Bekalan ketam nipah yang segar perlu disediakan dalam kuantiti yang banyak dan adakalanya mencecah sehingga 30 kilogram.

“Apatah lagi apabila tiba musim cuti terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang sudah pastikan lokasi ini akan dipenuhi dengan kehadiran pengunjung,” katanya ketika ditemui di sini.

IMG_8029

Norizan berkata, mee ketam di restorannya dijual dengan harga RM9 bagi mee ketam biasa dan RM18 bagi mee ketam istimewa.

“Restoran mee ketam ini mula beroperasi pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Selepas daripada viral yang dibuat oleh pengunjung yang pernah datang ke sini, restoran ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pengunjung termasuklah daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja,” ujarnya lagi.

Katanya, tiada rahsia dalam masakan mee ketamnya itu melainkan hanya menggunakan seratus peratus ketam nipah yang hidup dan segar.

“Saya tidak menggunakan ketam yang disimpan di dalam peti sejuk untuk memastikan pelanggan dapat merasai kesegaran dan keenakan sebenar isi ketam yang dimasak,” katanya lagi.

Orang ramai yang berkunjung ke Jeti kelip-kelip Kampung Dew bolehlah singgah ke Restoran Mee Ketam milik Norizan yang terletak berhampiran dengan jeti itu untuk merasai sendiri kelazatan mee ketam berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");