Jenayah

Memalukan!

Kajang: Toyol dalam tandas. Itu tindakan ‘gila’ seorang penuntut lelaki institut pengajian tinggi (IPT) yang gemar merakam gambar gadis sedang membuang air di dalam tandas.

Bagaimanapun hobi jijik merakam video menggunakan telefon pintar itu disedari salah seorang penuntut perempuan yang masuk ke tandas IPT di Bangi itu pada jam 1 pagi kelmarin.

Sumber, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun itu baru selesai mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

“Mangsa dikatakan pergi ke tandas berhampiran untuk membuang air. Bagaimanapun ketika berada di dalam tandas berkenaan, mangsa terlihat telefon pintar diletakkan di bahagian atas tandas itu.

“Mangsa kemudian bergegas keluar dari tandas itu selepas mengesyaki ada individu lain mengintipnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian menunggu beberapa minit di luar tandas sebelum melihat kelibat seorang lelaki yang juga penuntut IPT itu keluar dari tandas berkenaan.

“Mangsa kemudian menahan suspek dan meminta penjelasan daripada lelaki itu. Suspek cuba memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Susulan itu mangsa bertindak memeriksa telefon pintar suspek sebelum menemui beberapa rakaman video termasuk dirinya ketika masuk ke tandas berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Mangsa yang terkejut kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak keselamatan kolej.

“Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi bagi membolehkan siasatan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan kejadian berkenaan dan penuntut lelaki berusia 20 tahun terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Telefon pintar miliknya dirampas selepas mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian,” katanya ketika dihubungi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");