Sukan Hari Ini

Messi kekal terbaik La Liga

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dinobatkan Penyerang Terbaik La Liga Sepanyol sekali gus mengatasi pencabar utamanya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ini kali keenam penyerang kelahiran Argentina itu memenangi gelaran sama sejak tujuh edisi La Liga sebelum ini.

Messi menjaringkan 43 gol musim lalu termasuk menghadiahkan Barcelona tiga trofi kejuaraan Liga Juara-Juara, La Liga dan Piala Raja Sepanyol dipilih melalui analisis komputer terhadap pemain sepanjang kejuaraan.

“Saya bangga menang anugerah ini atasi begitu ramai pemain penting dalam La Liga.

“Saya mahu dedikasikan anugerah ini kepada anak lelaki saya, Thiago (tiga tahun) sekali pun dia tidak begitu memahaminya, anugerah ini untuknya.” katanya,

Selain itu, Messi turut diundi penyerang terbaik menerusi undian yang dibuat setiap kapten pasukan yang beraksi dalam saingan elit bola sepak Sepanyol.

Rakan sepasukannya, Claudio Bravo diundi penjaga gol terbaik manakala pengurus Barca, Luis Enrique jurulatih terbaik.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");