Sukan Hari Ini

MU tak cemas aksi di Vietnam

Melaka: Tewas dua perlawanan ketika aksi persahabatan pramusim di Vietnam baru-baru ini tidak mencemaskan Melaka United (MU) dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

Jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata, kekalahan di tangan kelab Divisyen Satu Ho Chin Minh City FC (0-2) dan kelab Dong Tam Long An FC (0-4) akan dijadikan pengajaran dalam usahanya membentuk pasukan berkualiti.

Beliau berkata, pasukannya dibarisi pemain baru yang sedang mencari keserasian dan mengakui anak buahnya mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.

“Kami kini dalam proses untuk membentuk dan mencari keserasian dari aspek pertahanan, tengah dan serangan.

“Kami turut menurunkan beberapa pemain import baru di Vietnam dan mereka mula menunjukkan keserasian tinggi dengan pemain tempatan,” katanya.

Tiga bintang import berkenaan ialah bekas pemain Bawah 21 Montenegro Ilija Spasojevic yang pernah beraksi bersama Persib Bandung (Indonesia), pertahanan Shin Jae-pil (Korea Selatan) dan pemain tengah Labinot Harbuzi (Sweden).harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");