Panasnya Hari Ini

PAU 2015: Muhyiddin Sedia Terima Serangan & Kritikan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaannya menghadapi sebarang kemungkinan serangan yang akan timbul dalam Perhimpunan Agung Umno yang dihadirinya pagi ini.

Menurutnya kehadiran beliau yang secara tidak langusng bersama dengan barisan Majlis Tertinggi (MT) Umno, hari ini pastinya akan mengundang pelbagai serangan sepanjang perbahasan berlangsung.

Bagaimanapun beliau akui sudah pun bersedia dan berharap untuk mampu bertahan sehingga akhir persidangan.

“Saya akan hadir tetapi jalan dengan tegak, pandang ke depan kerana saya tidak merasa takut. Saya takut kepada ALLAH. Ini biasa. Yang hadir semua anak-anak, sahabat-sahabat dan rakan-rakan saya.

“Saya tahu apabila saya masuk, akan ada yang ‘boo’ saya. Mungkin sudah tersedia kumpulan di hujung sana, hujung sini. Tapi saya harap yang ‘boo’ itu kecil tapi yang sorak itu besar. Saya tak apa. Kenapa saya harus takut. Mereka manusia, ahli-ahli parti kita,” katanya memetik sumber wawancara eksklusif dengan Sinar Online, semalam.

Menurutnya, sekiranya beliau dikritik mahupun di ‘boo’ dalam persidangan itu nanti, beliau mengakui tidak akan mengambil peduli berkenaannya.

“Mungkin sudah ada meriam-meriam yang ditujukan hanya kepada saya. Saya tidak perlu ada kumpulan sorak atau ‘boo’ untuk disediakan. Maaf. Ini mungkin anggapan sahaja. Saya harap tidak begitu.

“Tapi jika begitu pun, saya akan senyum. Mungkin kalau perlu saya bangkit, saya bangkit…melambai-lambai dan mengucapkan terima kasih.

” Tak Apalah. Saya terima sahajalah dan saya harap, saya akan duduk sampai akhir. Tidak ada salahnya,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin turut berseloroh untuk mencari kerusi bagi dirinya sendiri sekiranya kerusi tidak disediakan.

“Saya akan duduk…pasal kerusi (untuk) saya pastinya ada. Kalau tak ada pun saya akan cari kerusi.

“Biasa duduk sebelah presiden, naib-naib presiden, itu biasa dan saya akan duduk di situ, jadi tunggul sahaja sebab mereka kata saya tak boleh buat apa-apa.

“Tapi tunggul ini hidup, masih ada telinga dan jiwa yang boleh mendengar. Saya dengar dan saya juga sudah bersedia menghadapi dentuman celaan,” katanya.

Ujarnya lagi, pastinya ada segelintir daripada perwakilan UMNO mengakui bahawa tindakannya menegur Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah benar.

“Perwakilan yang datang ini, yang terpilih dan mereka tahu siapa saya. ‘Muhyiddin sudah bertahun duduk di sini, kenapa tiba-tiba Muhyiddin bertindak sebegini?’ Boleh jawab sendiri.

“Dalam hati kecil mereka boleh tahu bahawa tindakan saya itu betul, cuma mungkin mereka tidak bersedia menyatakan di depan sesiapa bahawa tindakan saya itu betul,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");