Berita Hari Ini

Mustapa: TPP sehingga ke akar umbi

PERTEMUAN kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada Januari tahun hadapan bagi membincangkan mengenai usul perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam satu bengkel melibatkan semua ahli Parlimen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bengkel sehari itu membincangkan TPP sekali gus memahaminya menerusi taklimat.

“Fokus utama untuk mendalami TPP kerana masih ramai lagi yang samar-samar mengenai perjanjian perdagangan bebas ini.

“Saya turut memanggil Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya ketika dalam program TPP Townhall bersama Badan Perwakilan Pelajar, semalam.

Beliau berkata, usul itu akan dibawa ke Parlimen akhir Januari depan untuk dibentangkan.

Proses dijalankan seperti biasa melibatkan pembentangan menteri, perbahasan dan penggulungan.

“Saya sendiri akan membentangkan usul TPP dan pengundian terserah kepada Parlimen sama ada diterima atau ditolak.

“Dalam perbahasan nanti, saya akan menjawab semua soalan berbangkit mengenai TPP,” katanya.

Jelasnya, pertemuan sebegini membantu meningkatkan kefahaman mengenai TPP di semua lapisan masyarakat, malah ia dilakukan beratus kali di pelbagai peringkat terutamanya kepada menteri, kementerian, pemimpin dan juga jabatan.

“Penerangan melibatkan banyak pihak dan dibentangkan dalam forum, seminar serta ada yang membuat kajian mengenainya.

“Bahkan kami sudah pun ke beberapa negeri seperti Pahang dan Sarawak untuk penerangan TPP.

“Selain pemimpin, saya turut bertemu kumpulan akar umbi supaya perkara ini jelas kepada masyarakat dengan penerangan mudah, umpamanya jika tanam padi, apakah kesan TPP kepada pesawah, felda ataupun nelayan,” katanya.

Beliau berkata, ramai lagi yang memerlukan penjelasan terperinci TPP dan perancangan melibatkan semua kementerian seperti Jabatan Peguam Negara dan Kewangan.

Matlamatnya adalah memastikan sebelum TPP ke Parlimen, sebahagian besar rakyat mempunyai pengetahuan perkara tersebut.

Selain itu, beliau merancang mengadakan beberapa siri bersama media termasuk media elektronik.

Dalam pada itu, Mustapa mengadakan perjumpaan bersama 500 ahli Lembaga Juruukur Tanah dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, minggu lalu.

Majoriti daripada ahli persatuan tersebut faham TPP setelah diberi penerangan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");