Sukan Hari Ini

Neville kempunan tiga mata pertama

Madrid: Gary Neville masih memburu kemenangan sulungnya pada kempen La Liga Sepanyol sebagai pengurus Valencia selepas Los Che dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Getafe di laman sendiri kelmarin.

Keempat-empat gol itu hadir dalam tempoh 25 minit pada babak pertama ketika Paco Alcacer menyamakan jaringan pembukaan Pablo Sarabia.

Angel Lafita kemudiannya meletakkan Getafe di depan namun jaringan pemain gantian Santi Mina (gambar) sekali lagi menyamakan kedudukan.

Keputusan seri itu menyebabkan Valencia masih ketinggalan enam mata daripada empat pasukan teratas, namun sekurang-kurangnya mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak November tahun lalu.

“Kami menjadikan semuanya begitu sulit,” kata Neville.

“Pada separuh masa pertama kami melakukan kesilapan. Sayang sekali, kerana usaha pemain sungguh luar biasa.

“Kami perlu mengulangi aksi seperti ini dalam setiap perlawanan. Apabila anda memberikan segala-galanya dalam perlawanan, anda mahu mencapai keputusan terbaik dan hari ini kami mahukan kemenangan.

“Kami bekerja keras dan saya tahu keputusan akan menyusul.” -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");