Sukan Hari Ini

Nicol terbaik Disember

Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinamakan Pemain Wanita Terbaik bagi Disember dalam edisi Januari 2016 majalah ‘Squash Player’ yang berpangkalan di London.

Anugerah itu diterima Nicol berikutan kejayaannya menjuarai kejohanan Terbuka Hong Kong buat kali ke-10 berturut-turut bulan ini.

“Menjuarai gelaran di Hong Kong untuk kali ke-10 sangat bermakna bagi saya. Ini antara kejohanan terbaik pernah saya sertai,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan majalah ‘Squash Player’.

Juara dunia lapan kali yang kini menduduki ranking ketiga dunia, menundukkan pencabar utamanya Laura Massaro dari England dengan 15-13, 11-9, 11-3 dalam masa 39 minit pada final kejohanan itu.

Sebelum ini, Nicol sudah memenangi kejohanan itu sejak 2006 hingga 2014.
– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");