Perak Hari Ini

Nikmati keenakan Poon Choi Di The Haven

IPOH: Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada Februari nanti, The Haven Luxury Resort, di sini menjanjikan pengalaman manis buat pengunjungnya dengan menawarkan pakej ‘Night Sky Gourmet Poon Choi Dineer Package’ yang bermula dari 22 Januari 2016 sehingga 22 Februari 2016.

Eksekutif Pemasasaran dan Jualan, Kelxy Tung berkata, pengunjung yang hadir ke The Haven akan menikmati makanan tradisi kaum Cina iaitu Poon Choi yang menyajikan udang, itik salai, abalone, scallops, ikan dan pelbagai lagi.

PERAKTODAY2

“Dengan berlatarbelakangkan suasana nyaman dan bukit batu kapur melebihi 280 juta tahun dan tasik, pastinya tetamu akan menikmati makan malam bersama-sama keluarga tersayang.

“Pengunjung akan menikmati makan malam di atas bumbung bersama-sama dengan keluarga mereka. Pelanggan akan menikmati makan malam pertama sempena Tahun Baru Cina dengan berbumbungkan langit disamping menikmati keindahan tasik,”ujarnya.

Tambah Kelxy lagi, kesemua makanan di dalam Poon Choi ini adalah halal selain daripada tidak dimasukkan bahan perasa dan sebagainya.

PERAKTODAY

Terdapat dua pilihan pakej sempena Tahun Baru Cina yang bermula 7 Februari sehingga 10 Februari 2016 iaitu pakej pertama ialah bernilai RM1,588 untuk lima orang. Pakej ini termasuklah bilik penginapan (satu malam), sarapan pagi dan makan malam Poon Choi bagi empat atau lima orang.

Pakej kedua pula bernilai RM3,088 yang termasuk dua buah bilik penginapan (satu malam), sarapan pagi untuk 10 orang serta makan malam Poon Choi bagi lapan hingga 10 orang.

Sementara itu, bagi tarikh 8 Januari sehingga 6 Februari dan 11 Februari sehingga 22 Februari, juga terdapat dua pakej yang ditawarkan.

PERAKTODAY3

Pakej pertama berharga RM1,288 termasuklah satu bilik penginapan (satu malam), sarapan pagi (untuk lima orang) dan makan malam Poon Choi.

Pakej kedua ialah sebanyak RM2,488 untuk dua buah bilik penginapan (satu malam), bagi 10 orang. Selain itu, pakej ini juga termasuk sarapan pagi untuk 10 orang dan makan malam Poon Choi.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan melalui emel ke [email protected] atau hubungi 05-220 9000 / 1700-8-1700-0 atau layari www.thehavenresorts.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");