Perak Hari Ini

Nor Sham Dilantik Sebagai Pegawai Daerah Muallim

IPOH: Kerajaan Negeri hari ini telah melantik seorang lagi wanita untuk memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah bagi sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Perak.

Nor Sham Rahman telah dilantik sebagai Pegawai Daerah bagi Daerah Muallim yang baru diwartakan pada 1 Oktober 2015 yang lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perlantikan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

Beliau berkata, Nor Sham merupakan wanita kedua dilantik menjadi Pegawai Daerah selepas perlantikan Latipah Sehibi yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Kampar pada bulan April yang lalu.

“Daerah Muallim telah diwartakan pada 1 Oktober 2015 selepas mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 10 April 2015.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan nama baru bagi Daerah Kecil Slim River dan Tanjung Malim iaitu Daerah Muallim,” katanya.

PERAK TODAY 4

Zambry berkata, Kerajaan Negeri menyedari akan kepentingan untuk penempatan Pegawai Daerah dengan kadar segera untuk memastikan Daerah Muallim dapat membangun sebagai pemacu kepada pembangunan Wilayah Pembangunan Selatan (WPS).

“Sehubungan dengan itu, pentadbiran negeri telah memilih Nor Sham Rahman yang pada masa ini memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 sebagai Pegawai Daerah Muallim yang pertama mulai 1 Disember 2015,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau juga yakin bahawa Nor Sham mampu memikul tanggungjawab yang diberikan dengan pengalaman yang dimiliki olehnya.

“Daerah ini merangkumi tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur yang meliputi bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.

“Memandangkan daerah ini ialah daerah baru yang diwujudkan dan beliau pula diberi tanggungjawab yang besar untuk menjadikan daerah Muallim ini sebagai benar-benar sebuah daerah.

“Saya yakin beliau dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,” jelasnya lagi.

PERAK TODAY 5

Nor Sham ketika ditemui selepas pengumuman tersebut menyatakan rasa bersyukur diatas perlantikannya itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berharap dapat melaksanakan tugas saya dengan baik untuk Daerah Muallim kerana ini adalah daerah bongsu bagi negeri Perak iaitu daerah ke-11.

“Saya harap pembangunan akan maju, lebih selamat dan aman, itu yang paling penting,” ujar beliau.

PERAK TODAY 3

Sementara itu, Zambry turut mengumumkan perlantikan mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Mohd Idris Ramli sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak berkuatkuasa pada 1 Disember 2015 hingga 9 Oktober 2016.

Zambry berkata perlantikan tersebut telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Beliau akan menyertai barisan pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri Perak bagi sesi 2015/2016 iaitu Pengerusinya, Datuk Jamry Sury dan diikuti oleh ahli-ahli sedia ada terdiri daripada Datuk Zuraida Arshad; Datuk Ramly Zahari, Datuk Thong Fah Chong dan R.Kenas.

“Ini menjadikan secara keseluruhannya kita mempunyai enam ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi negeri Perak,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");