Membawang Hari Ini

Nora pertaruh single Anugerah sambut tahun 2016

KUALA LUMPUR: Menyambut tahun 2016, penyanyi Nora Ariffin mula merancang kerjaya seni dengan melancarkan single terbaharu dan sebuah showcase istimewa buat peminat setianya, bulan depan.

Nora yang memperlahankan karier seninya selepas berhijrah beberapa tahun lalu, mempertaruhkan single berjudul Anugerah ciptaan tiga komposer iaitu Omar K, Audi Mok dan Ezra Kong.

Nora yang mencipta nama dengan lagu Di Persimpangan Dilema pada awal 1990-an, teruja menunggu reaksi peminat dengan single baharunya itu.

“Sejujurnya, saya gementar untuk kembali aktif dan membuat persembahan solo. Namun, perasaan rindu kepada peminat membuatkan saya mengambil langkah berani dan mengetepikan rasa takut.

“Persembahan itu dirancang bagi mengubati rindu peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan kerjaya saya. Lokasi persembahan iaitu Theater Lounge Cafe (TLC) di Sri Hartamas dianggap sesuai dengan matlamat mahu berada lebih dekat dengan peminat.

“Saya menganggap showcase itu sebagai sesuatu yang peribadi buat diri saya. Ini kerana sudah lama saya mengimpikan untuk menghiburkan peminat,” katanya kepada BH Online.

Bagi memastikan showcase berdurasi dua jam itu mantap, Nora gigih menjalani latihan di TLC. Showcase istimewa Nora itu akan diadakan pada 15 hingga 17 Januari depan di TLC, Sri Hartamas.

Pada showcase itu, Nora akan mendendangkan rangkaian lagu hit seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu dan Di Persimpangan Dilema.

Nora turut menjemput beberapa artis untuk memeriahkan persembahannya nanti. Isteri kepada komposer Johan Nawawi itu memilih Sze Wan iaitu penggubah muzik dan pemain piano wanita tersohor tempatan untuk membuat susunan muzik.

Nora memilih khidmat profesional bagi memastikan persembahannya itu berjalan lancar. Tiket showcase boleh dibeli secara online menerusi laman web http://www.theatreloungecafe.com/ atau hubungi talian 03-78755449 untuk maklumat lanjut.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");