Isu Panas

‘Nurul Izzah, turunlah secara terhormat’

KUALA LUMPUR – Golongan pengundi muda Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan secara terhormat berikutan pertemuanya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram.

Pengerusi Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai, Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, tindakan Naib Presiden PKR itu, jelas mengguris perasaan rakyat Malaysia terutamanya balu-balu pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Jika berani, Nurul Izzah perlu lepaskan jawatan segera. Pengundi-pengundi Lembah Pantai sudah bersedia untuk ‘menghukum’ beliau.

“Dalam masa sama, kita juga minta agar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang akan bersidang dan membicarakan kes ini pada Khamis dapat mencapai kata putus mengenakan tindakan berat termasuk melucutkan jawatan Nurul Izzah sebagai ahli parlimen,”katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Nazri berkata, beliau mewakili kira-kira 20 persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) Lembah Pantai akan terus mendesak agar Nurul Izzah ‘turun’ kerana Nurul Izzah juga gagal menjaga kebajikan warga Lembah Pantai.

Antara persatuan terlibat termasuk Persatuan Belia Cempaka; Kelab Sukan Rekreasi dan Komuniti Parlimen Lembah Pantai; Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Lembah Pantai; Kelab-kelab Belia Malaysia Kawasan Lembah Pantai; Wirawati Perkasa Lembah Pantai; Kelab Belia Merah Jambu Bangsar; Persatuan Wanita 1Malaysia Lembah Pantai dan Future KL.

“Tidak perlu tunggu PRU akan datang. Nurul Izzah perlu berundur sekarang. Kami akan memasang kira-kira 20 kain rentang yang tertulis desakan agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nazri, turut menyokong keputusan yang dibuat oleh Ahli Dun Sabah yang meluluskan usul tidak membenarkan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke negeri itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");